Peguam Negara,Gani Patail, mengambil keputusan untuk mendakwa penganjur dan peserta demo yang membawa kepala lembu.Apa cerita kes demo mansuhkan ISA yang sudah sebulan lebih berlaku dan juga kes perhimpunan perkauman Teoh Beng Hock di Stadium Kelana Jaya yang sudah dua bulan lebih berlaku.Kedua-dua kes berkenaan sehingga ke hari ini masih belum ada apa-apa tindakan. Apa yang dibuat oleh penduduk Sekyen 23 adalah kecil berbanding dengan dua kes tersebut.Penganjur demo Mansuhkan ISA yang telah melumpuhkan Bandaraya KL,sehingga kini tiada apa-apa tindakan diambil.Peserta demo kematian Teoh Beng Hock di Kelana Jaya juga melakukan perkara yang lebih lagi perkauman iaitu menghentam melayu dan membakar surat khabar melayu, tetapi tiada apa-apa tindakan yang diambil hingga kini.Peserta demo kepala lembu tidak pernah sesekali melumpuhkan aktiviti di Bandaraya Shah Alam atau mengeluarkan kata-kata perkauman, berbanding dengan dua peristiwa diatas. Tetapi mereka pula yang didakwa .Satu contoh lagi,iaitu kes Karpal Singh menghina Sultan Perak. Berbulan masa yang diambil oleh Peguam Negara untuk mendakwa Karpal, sehingga ratusan laporan Polis dibuat, barulah tindakan diambil. Tetapi dalam kes kepala lembu,hanya dengan beberapa laporan polis sahaja dan dalam masa dua minggu sahaja pendakwaan terus dilakukan.Adakah kerana penganjur dua demo diatas , semua orang politik dan orang cina,maka tiada tindakan diambil. Tetapi bila kes melibatkan orang-orang kecil dan orang melayu maka tindakan dengan sepantas kilat diambil.Yang hairannya...sentiasa orang melayu yang beragama Islam menjadi mangsa ...kerana apa? kerana kita melayu islam lembut....sopan santun.....takut sangat nak berdepan dengan bangsa lain.........................sampai sekarang saya tidak faham...............
Rabu, 9 September 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan