Khamis, 26 November 2009

Kronisme parti pembangkang

petikan aku amik dari Utusan Malaysia 26/11/09......memang menarik.....melihat auta mereka2 nie . Cuba baca :-

CAKAP tidak serupa bikin atau kuman di seberang laut nampak tetapi gajah di depan mata tidak nampak.
Itu merupakan antara perumpamaan dan peri bahasa yang menggambarkan situasi politik pembangkang sekarang.
Baik Pas, DAP mahupun PKR mereka tidak terlepas daripada unsur kronisme.
Biar apa pun alasan yang diberikan, namun amalan itu jelas menjadi amalan mereka.
Sedangkan pihak pembangkanglah yang mula-mula membangkitkan soal kronisme dan nepotisme.
Atas nama integriti dan kebertanggungjawaban atau akauntabiliti, mereka mengkritik, menghentam dan mengecam apabila ada pelantikan ke jawatan-jawatan penting dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu dan pemberian kontrak serta agihan saham.
Pada hujung tahun 1990-an, muncul pihak-pihak tertentu yang menggunakan elemen kronisme ini untuk menimbulkan kebencian rakyat terhadap kerajaan BN.
Matlamatnya adalah untuk mengetepikan kepimpinan ketika itu.
Namun apabila didedahkan segala data dan fakta, terbukti amalan kronisme dan nepotisme itu sebenarnya lebih memihak kepada kumpulan yang menuduh.
Namun istilah kronisme itu terus melekat dan menjadi mimpi ngeri kepada kerajaan BN hingga hari ini.
Soal pemberian kontrak dan jawatan kepada kawan-kawan, saudara mana, anak dan menantu sering dibangkitkan walaupun sebahagian besarnya tidak berasas dan tiada bukti.
Ia tidak terhad kritikan sahaja. Tetapi turut membabitkan serangan peribadi hingga sampai ke tahap mengaibkan.
Namun semua itu diterima dan dianggap wajar oleh pembangkang kerana ia memberi kelebihan kepada mereka.
Dalam politik setiap orang sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai matlamat dan cita-cita tanpa mengira dasar perjuangan parti.
Matlamat menghalalkan cara merupakan perkara biasa. Apabila orang lain buat ia merupakan satu dosa. Namun apabila membabitkan diri sendiri ia halal dan dikatakan berasaskan merit.
Krisis terbaru dalam Pas membuktikan kronisme menjadi amalan dalam parti itu.
Biar seseorang itu bertaraf ulama dan dipanggil dengan panggilan Tok Guru namun apabila sampai masa untuk mengisi jawatan-jawatan penting, anak dan menantu pasti menjadi keutamaan.
Jika dilihat daripada aspek biologi, memang sudah menjadi lumrah setiap makhluk di dunia ini untuk memberikan keutamaan kepada individu yang rapat dengan mereka.
Jika bapa berkuasa ia pasti akan memberikan keutamaan kepada anak-anaknya. Jika anak-anak tidak layak atau tidak berminat maka menantu akan menjadi pilihan.
Oleh itu apabila Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melantik menantunya Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), ia bukan sesuatu yang luar biasa.
Nama pun Perbadanan Menteri Besar, sudah tentu bukan satu kesalahan jika ia diterajui oleh menantu Menteri Besar.
Ini merupakan fitrah dan lumrah manusia. Sesuatu jawatan penting dalam agensi di bawah kerajaan negeri terutama yang membabitkan kewangan dan pelaburan tentu lebih baik diberikan kepada orang yang boleh dipercayai.
Dalam kes PMBK, sudah tentu Nik Abdul Aziz lebih mempercayai menantunya kerana beliau lebih mengetahui hati budi Abdul Ariffahmi berbanding orang lain.
Seperti kata Nik Abdul Aziz, menantunya itu mempunyai kelayakan daripada segi merit untuk menjawat jawatan itu.
Tetapi Mursyidul Am Pas itu mungkin tidak sedar, apabila bapa mertua melantik menantu dalam mana-mana jawatan yang ada kaitan dengan kerajaan yang dipimpinnya ia dinamakan kronisme.
Kritikan yang sama juga diberikan kepada BN dan UMNO jika berlaku lantikan yang membabitkan anak dan menantu termasuk yang dipilih sebagai calon pada pilihan raya.
Bukankah Pas dan parti pembangkang lain amat kuat menentang hal yang berkaitan dengan kronisme dan nepotisme ini?
Jika sebelum ini mereka membantah amalan kronisme, mengapa pula sekarang mengamalkannya?
Apabila sudah amalkan kronisme maka kenalah terima kritikan dan bantahan daripada rakyat.
Apa yang dilakukan oleh pemimpin Pas itu ibarat ludah ke langit jatuh ke muka sendiri. Atau lebih jijik lagi, menjilat ludah sendiri.
Kalau diamati dan diteliti, amalan kronisme ini bukannya berlaku dalam Pas sahaja. Ia juga merupakan perkara biasa dalam DAP dan PKR.
Dalam DAP misalnya, boleh dikatakan sebahagian daripada wakil rakyatnya mempunyai pertalian darah. Ia sama ada anak dan bapa atau menantu dengan mertua.
Tidakkah ini merupakan satu amalan kronisme yang dahsyat hingga menghalang peluang orang lain untuk sama-sama berbakti kepada rakyat?
Kalau individu itu bukan anak atau menantu kepada pemimpin tertentu amat sukar untuk mereka menjadi wakil rakyat. Jika dipilih sekalipun, ia adalah atas usaha dan kerja keras mereka.
Tetapi jika individu terbabit merupakan anak atau menantu kepada pemimpin tertentu, mereka tidak perlu membuktikan apa-apa. Tiba-tiba sahaja nama dicalonkan untuk bertanding dalam pilihan raya.
Selain itu, jawatan tertinggi juga boleh diwariskan kepada anak-anak seperti sistem monarki.
Yang mengecewakan, golongan ini merupakan yang paling lantang mengkritik amalan kronisme.
Tetapi realitinya ia merupakan sebahagian daripada budaya dan amalan mereka.
Apabila ia terdedah seperti apa yang berlaku di Kelantan, media yang akan disalahkan.
Kononnya media membangkitkan hal-hal remeh yang tidak perlu dan tidak ada kaitan.
Di mana tidak perlunya - kalau menantu seorang menteri besar dalam sekelip mata menjadi CEO sebuah agensi penting?
PMBK merupakan agensi yang bertanggungjawab terhadap perjalanan kewangan dan pelaburan kerajaan negeri.
Sebab itu apabila menteri besar melantik menantu menerajuinya, sedikit sebanyak sudah tentu timbul kemusykilan.
Jika Nik Abdul Aziz merasakan pelantikan itu telus dan memenuhi kriteria yang ditetapkan, beliau tidak harus bimbang dan tidak perlu pula melenting. Malah Abdul Ariffahmi jika telus, tidak perlu meletakkan jawatan.
Tetapi orang masih ingat setiap kata-kata dan ungkapan pemimpin-pemimpin pembangkang berhubung isu kronisme dan nepotisme dalam kerajaan BN dan UMNO.
Ini bukan soal menyibuk atau mendedahkan aib sesiapa. Tetapi lebih kepada soal maruah dan prinsip serta integriti.
Jika kita menentang sesuatu amalan yang dikatakan kronisme dan nepotisme maka sebagai pemimpin hebat yang diberi taraf ulama, sewajarnya kita mengelakkan daripada melakukan perkara seperti itu, atau yang boleh menimbulkan syak wasangka.
Jangan jadi seperti ketam yang cuba mengajar anak berjalan dengan betul. Sedangkan diri sendiri tidak mampu melakukannya.

Oleh AZNAN BAKARpengarang@utusan.com.my

Selasa, 20 Oktober 2009

Kejadian Alam D Malaysia menunjukkan bumi ini bulat????!!!!!!

KEMENANGAN Tan Sri Mohd. Isa Samad merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang baru-baru ini seolah-olah membuktikan bahawa akar umbi ada cara tersendiri dalam menentukan kepimpinan yang terbaik di kawasan mereka. Ini satu revolusi baru yang telah terpamer melalui people power..........bukan makkal sakhti ya.

Rakyat yang selama ini didakwa pihak-pihak tertentu sebagai 'sudah mula sedar dan menyokong pembangkang' kelihatan bertindak sebaliknya di kesemua peti undi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang. Ternyatalah media alternatif yang 'dikonon-kononkan' pembangkang sebagai pilihan hati rakyat telah menurun momentumnya.Pembangkang nampaknya telah hampir kehabisan fuel......idea......tork...........semua dah basi.........

Rakyat bagaikan sudah bosan, muak dan jijik dengan analisis-analisis karut dan tulisan fitnah semberono yang dimainkan media alternatif milik pembangkang. Ini menunjukkan rakyat Malaysia semakin matured....dalam memilih pucuk pimpinan yang bakal memimpin masa depan mereka serta keturunan mereka yang bertuan.

Fenomena unik ini perlu dikaji secara terperinci kerana media alternatif pembangkang telah menggunakan dua faktor psy-war strategy (strategi perang saraf) untuk memenangi kempen Bagan Pinang.

Pertama, dengan menghebahkan dakyah bahawa undian pos polis-tentera dimanipulasi oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Keduanya, isu pencalonan Mohd. Isa yang kurang disenangi oleh bekas pemimpin tertinggi UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad disebabkan rekod lama beliau.

Pada awalnya, ramai menjangka sudah pasti pengundi (selain undian pos) di Bagan Pinang akan terpengaruh untuk tidak mengundi calon BN apabila mereka tahu hakikat bahawa BN akan memanipulasi undian pos polis-tentera.

Sebaliknya, keputusan pilihan raya menunjukkan undian majoriti penduduk (selain undian pos) terhadap calon BN telah bertambah sebanyak 175 peratus berbanding keputusan pilihan raya umum 2008. Undian pos pula menunjukkan peratusan ketara sebanyak 17 peratus yang mengundi calon pembangkang.

Laporan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam Mesyuarat Agung UMNO baru-baru ini amat memeranjatkan kerana terdapat sebilangan besar polis dan tentera

tidak menyokong kerajaan. Laporan ini sekali gus menempelak dakwaan pembangkang bahawa kerajaan BN memanipulasikan undian pos! Apa pun Zahid mempunyai task yang besar menyelami...mendalami fenomena ini . Mengapa government servant against the government yang menggajikan mereka.....Y? are they being victomized ?........apa yg tak kena....pls just dont make statement and leave it that way.....bukan saja badan beruniform.....satu kajian mendalam throughout whole government institution , department , section , sub-section sampailah sedasar-dasarnya.Y?Y?Y?.....5 times Y ?

Kesimpulannya, pilihan raya kecil Bagan Pinang memberi gambaran bahawa pengaruh media alternatif pembangkang semakin kurang berkesan dan mula ditolak rakyat. Di sebaliknya, pengaruh dan penerimaan terhadap media perdana dalam wacana pemikiran rakyat Malaysia pula dilihat kembali jadi pilihan.

Yuran keahlian UMNO

Apabila UMNO didesak untuk berubah atas faktor persekitaran, ramai tertunggu-tunggu pengumuman suatu polisi baru agar yuran tahunan UMNO yang hanya RM2 seorang itu diwajibkan kembali dan tidak lagi ditaja oleh badan induk parti itu sendiri.

Malangnya, di tengah-tengah kemelut perubahan budaya, UMNO masih lagi mahu meneruskan budaya 'canggung' itu dengan alasan tersendiri.

UMNO sepatutnya kembali pada asal dan perlu mewujudkan budaya 'kesukarelawanan' dengan menuntut pengorbanan ahli-ahlinya. Saya berasa kesal di atas pengumuman yang dibuat oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein agar yuran pertama yang dibayar oleh ahli baru UMNO sebanyak RM2 seorang itu kini mahu diiktiraf sebagai 'yuran seumur hidup'.

Keputusan ini bukan hanya meneruskan hayat 'bangsa yang dahagakan subsidi' malahan jumlah keahlian UMNO juga yang kini dikatakan sudah mencecah 3.5 juta orang boleh dipersoalkan pembangkang terutamanya bagi ahli-ahli UMNO yang membuat keputusan untuk mengalihkan sokongan dan 'lompat' parti. Small token just to show how sincere u are and to show sacrification untuk bangsa dan negara..................think about it .

Menzahirkan 1Malaysia dalam Bajet 2010

Seperti tahun-tahun lalu, bulan Oktober adalah bulan bajet negara. Pasti ramai yang menantikannya. Saya pula teruja menantikan kebijaksanaan pemimpin kita untuk membuktikan kesungguhannya menzahirkan aspirasi '1Malaysia' dalam bajet kali ini.

Sebenarnya, majoriti ahli profesional Malaysia agak gusar mengenai pendekatan kerajaan merancang bajet di tengah-tengah krisis ekonomi dunia. Apatah lagi dalam senario pendapatan kerajaan Malaysia yang makin berkurangan.

Cukai korporat sudah pun berada di tahap kadar terendah 25 peratus; ketirisan berbilion ringgit hasil cukai yang tidak dikutip sehingga tahun 2009; dan perbelanjaan negara terus meningkat disebabkan inflasi dan kenaikan harga minyak.

Bebanan ini begitu terasa tatkala kerajaan dituntut mengotakan janji, 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'!

Nasihat saya, pelbagaikanlah pendekatan dan jangan sesekali cuba untuk mengimbangi bajet negara. Hasrat untuk mempamerkan kebijaksanaan merancang bajet dan niat menarik perhatian agensi pengkreditan antarabangsa, Standard & Poors dengan menaikkan credit rating Malaysia pasti akan memakan diri sendiri!

Demi kesejahteraan ekonomi dan politik Malaysia, bajet defisit akan dipandang lebih bermakna. Jika tidak, ia akan menjurus kepada pertumbuhan ekonomi time warp (fasa ekonomi beku), menjadikan komuniti SME/SMI melarat dan menjerat ekonomi negara.

Kesannya jelas dalam masa dua atau tiga tahun selepas itu apabila majoriti rakyat mula terasa bahang ekonomi akibat putus punca rezeki. Akhirnya, rakyat menzahirkan protes terhadap kepimpinan negara gara-gara keputusan ekonomi yang salah melalui pilihan raya.Ini harus di halusi , di kaji dan cured..........................................

Rabu, 14 Oktober 2009

TANGKAP SELADANG, PULAS TANDUKNYA


Pada 18 Ogos 2009 pada hari Selasa , sejarah telah di tempa . Dato Seri TPM telah mengadakan perjumpaan bersama-sama bloggers di Carcosa Seri Negara KL . Ini adalah saat-saat yang paling berharga dalam hidup saya , bertemu dengan 2nd man in person......its an honour.......

Actually bagi aku , UMNO agak lewat untuk nie....but not that late.....pembangkang sudah lama berkecimpung dalam hal-hal blog memblog nie....anyhow, changes has been made......future is welcome.....

Geng-geng nie lah yang akan cuba sedaya upaya membersihkan imej Melayu juga mengembalikan era gemilang UMNO di Malaysia ini melalui nukilan , coretan dan idea-idea membina ....membina bukan membinasakan . Tidak seperti blog-blog pembangkang , yang mana di penuhi , terpalit , tercalit unsur-unsur fitnah , tohmah tidak berasas , tuduhan melulu , maki hamun dan sebagainya yang negatif...namun begitu tak semua , ada yang ok....tapi amat sedikit .

Datuk Seri TPM telah membuka sessi dialog juga memberi peluang kepada kami bloggers2 untuk menyatakan idea , pendapat dan pandangan terhadap apa jua isu-isu yang tependam di hati kami dan juga rakyat jelata . Antara yang menarik perhatian kami ialah beliau meminta pandangan dan buah fikiran kami secara individu atau berkumpulan untuk improved government servant service and etika berkerja untuk kakitangan kerajaan yang mana terkenal dengan kelembapan mereka yang semulajadi (tak semua jabatan.....ada yang dah improved a lot ) . Ini yang menarik .

Bagi aku , kita tok sah nak follow rentak pembangkang yang suka maki hamun , tuduh menuduh , fitnah dan pembohongan di dalam blog . Kita harus membetulkan apa yang tidak . Penulisan kita haruslah berteraskan ilmiah , minda yang waras , akal yang logik serta penerangan yang terang supaya pembaca faham . boleh berfikir . boleh membuat keputusan . Setiap tohmahan yang di lemparkan pembangkang harus di halusi , di terangkan kepada rakyat tentang kesasihannya . Majoriti apa yang di katakan pembangkang boleh di terangkan hanya dengan logik akal . Contoh : Pas dengan hududnya.....tetapi apabila di bedil DAP senyap...tak terkata....adakah mereka benar-benar memperjuangkan Islam atau politik semata. Dulu saya amat respect PAS , sekarang......PAS tidak kurang seperti parti politik biasa tetapi perbezaannya , mereka menjalankannya dengan penuh hipokrasi...terbatas antara agama dan nafsu mereka sendiri . PKR ? Parti orang yang kurang berfikir . Apa relevannya "KEADILAN" dalam perjuangan mereka? Apakah mereka mahu adil-se adilnya? seadil manakah mereka mahu? Meraka - mereka yang kecewa ini sanggup memperalatkan rakyat untuk kepentingan mereka sendiri . Sanggup menghancurkan bangsa sendiri. apa nie....apa yang sudah jadi . Apakah Melayu sekarang sudah bersedia menghadapi atau competetive enough for the challenge....bukan nak kata kita malas nak sentiasa selesa......but we make mistake fr begining...kerajaan sekarang are correcting it......it takes time......we can change it through our kids........thats for sure......actually banyak yang aku nak katakan....banyak sekali.....tapi on next session lah . this time aku just nak katakan kita di UMNO bukan buta IT . Apa juga kerosakan siber dari pembangkang akan kami betulkan didalam siber jua tetapi perbezaannya kami melakukan dengan cara intelektual , berhemah dan bertatasusila......

Rakyat Malaysia bukan bodoh . Orang Melayu bukan bodoh . Cuma pengaruh serta pendedahan sahaja bakal membetulkan apa yang telah terpesong . Ada yang sekarang stop watching TV especially news , major newspaper and even radio . Meraka nyatakan kepada saya bahawa semuanya bias BN . Some yes....some no . Even apabila mereka memerintah pun perkara yg sama akan terjadi . Disinilah minda sihat dan intelektualiti di perlukan untuk timbang tara yang mana betul atau sebaliknya . Talk about rasuah , lets SPRM handle it . They r independent now . Trust it .Why it is hard for some people to understand that. ada aduan , report...jangan nak komplen sana sini....for what? saluran semua dah ada...apa lagi gunakan . make sure you have basis and solid evidence on eachaccusation you made . BN or not BN , corrupt is corrupt .

DEB ? Kenapa nak bangkang ? Faham ke apa tu DEB? Fahamkan then state ur mind....if not , u are not correcting it....you're distroying everything . All the fundamental which have been built before might collapse in a glaze of an eye . Don't anybody doubt it....it will? the only question left....are we able to walk through it or deal with it later after the destruction or we start blamming each other on what has happened?....I will continue again later.....a lot....a lot of things to be said.....the only question is , how efficient it is for people to understand it and not to swallow 100% on anybody said so? see ya!

Rabu, 16 September 2009

New Malays Ideology from Hell


Baru-baru nie saya ada bertanya kepada rakan saya satu soalan umum . Parti manakah yang memperjuangkan nasib orang Melayu yang beragama Islam ? Saya menyuruh beliau menjawabnya dengan rasional . Jawapan yang saya terima........yang pasti bukan UMNO . Kata beliau . Soal jawab nie dalam facebook . So ada lah kawan beliau yang bernama Wan Imran Bin Wan Chik menyampuk.....agak keras.....personal attack saya . Its ok . Budak2 , darah masih panas . Then setelah di tegur oleh beberapa kawan yang lain Wan Imran nie menulis panjang lebar mengenai UMNO dan melayu yang mana amat memeranjatkan saya . Pemikiran orang melayu moden? atau pengkianat ? atau just stupid . Gambar di sebelah nie adalah gambar Wan Imran Bin Wan Chik . Berikut adalah kata2 beliau :-

SERONOK kekadang bila melihat tahap KEJAHILAN dan KEBODOHAN orang2 dan para PENYOKONG UMNO. Sebab itulah parti itu kini dah di kenali sebagai 'Untuk Melayu NO OTAK' sahaja. Kalau seseorang itu BODOH ke tahap DEWA atau mati akal ataupun LEMB...U... cukuplah syaratnya nak menjadi Ahli UMNO. Kelakar betul bila diorang fikir UMNO ni memperjuangkan nasib orang2 Melayu, sedangkan CARA perjuangan itulah yang PALING PENTING...bukan sekadar NIAT sahaja. Samalah macam buat perhitungan kira-kiraan matematik... kalau JALAN KERJAnya TAK BETUL...memang JAWAPANnya pun dalam matematik TAK BETUL juga...memang NIAT UMNO itu pada dasarnya baik mula2 tetapi JALAN yang di AMBIL dan CARA perjuangan itulah yang menjadikannya SALAH dan parti yang SESAT! Kebanyakan Dasar2 seperti Dasar Ekonomi BARU kononnya ( DEB ) pun sekadar Dasar Ekonomi BUNTU...SEPARUH MASAK...macam AKAL para pemimpin dan penyokong2 UMNO... dan lain-lain...terlalu banyak dah pedih kata2 beliau....tetapi pengecut...sehari selepas itu dia dah delete...tak sempat saya nak posting kat sini . Kalau manusia macam nie banyak...masha allah ,,, jahanam melayu ...jahanam .
Sebenarnya banyak lagi yang mamat nie tulis....tapi dia padam...tak sempat aku nak save.....yang amat menyedihkan ialah dia nie melayu tetapi dia hentam cukup-cukup melayu.......ini ke pemikiran moden atau pengkianat bangsa.....beliau sanggup mengatakan keluar Melayu pun tak pa.....kerana bertopengkan Melayu nie macam orang bodoh .
Kalau ko orang nak try tengok dia melenting masuk facebook 'Wan Imran Wan Chik'...ko orang bacalah sendiri..........ini melayu moden konon.....jahanam....jahanam.......layan dia....jangan tak layan...tengok apa dia buat.

Isnin, 14 September 2009


Aku ambik article nie dari blog org yang mana ada menunjukkan sesuatu.....mengenai kes al juburi Al anwar antartuk



DI RUMAH AnWAR PUN KECOH
1. Kekalutan yang melanda PKR bukan sahaja berlaku di Shah Alam, tempiasnya juga melanda rumag AnWAR di Bukit Segambut! Diberitakan minggu lalu, selain pening kepala dengan TS Khalid Ibrahim, AnWAR juga terpaksa bersoal jawab dengan isterinya Wan Azizah yang telah 'diserang' oleh isteri pemilik kondominium tempat AnWAR melalukan perbuatan terkutuk luar tabi'e.2. Pemilik kondominium tersebut, Hj. Hasanuddin Hamid dan isterinya Puan Shamsiah merupakan teman keluarga yang rapat dengan keluarga AnWAR sekian lama. Hj. Hasanuddin, bekas ahli Lembaga Pengarah Dialog Group Berhad, sebuah syarikat senarai awam tersohor dalam industri gas dan petroliam. Memperolehi kekayaan yang tiada taranya semasa AnWAR menjadi Menteri Kewangan. Hj. Hasanuddin meninggalkan Dialog Group tahun 1998 dengan pampasan cukup besar dan menjadi aktivis PAS hingga sekarang.3. Puan Shamsiah amat rapat dengan Wan Azizah, baiknya mereka hingga Puan Shamsiah menjadi tempat mengadu anak-anak AnWAR/Wan Azizah sedikit masa lalu (Wan Azizah dikenali dengan sifat kedekutnya, w/pun punya wang hasil sumbangan sahabat-sahabat koporat AnWAR tika beliau dalam penjara). Kayanya keluarga Hj. Hasanuddin/Pn. Shamsiah hingga boleh terbang ke Itali untuk menempah sebuah Ferari sebagai hadiah harijadi anak mereka.4. Umum mengetahui Hj. Hasanuddin membataskan hubungannya dengan AnWAR setelah timbul dakwaan AnWAR meliwat di premis miliknya di Bukit Damansara. Puan Shamsiah (mungkin arahan suaminya) juga membataskan perhubungan keluarga mereka dengan Wan Azizah w/pun anak-anak AnWAR cuba meneruskan hubungan seperti biasa. Difahamkan AnWAR dan Wan Azizah yang menggalakkan anak-anak mereka menghubungi keluarga Hj. Hasanuddin bagi menggambarkan kepada umum tiada apa-apa yang berlaku.5. Minggu lalu, hari Sabtu pagi, tanpa diketahui punca sebenar, tiba-tiba Puan Shamsiah datang ke rumah AnWAR di Bukit Segambut menemui Wan Azizah sambil marah-marah. x-pkr difahamkan pelawaan masuk ke dalam rumah oleh Wan Azizah disambut dengan kata-kata marah oleh Pn. Shamsiah. Diberitakan lagi, sambil bising-bising, Pn. Shamsiah memaki AnWAR yang disifatkannya sebagai manusia lupa diri yang membuat kerja kotor di dalam hartanya. Menurut Pn. Shamsiah lagi, mereka sekeluarga berasa malu kerana turut dikaitkan dengan kes AnWAR.6. Mereka juga kini mengalami kesukaran kerana unit kondo tersebut kini adalah 'crime scene' atau tempat kejadian. Hasrat untuk menjual premis tersebut selepas ini juga bakal menemui kesukaran kerana unit tersebut telah terpalit dengan 'perlakuan' AnWAR dan harga mungkin jatum merudum w/pun harga unit-unit lain di kawasan yang sama mungkin terus melonjak naik. Ironinya, Wan Azizah hanya berdiam diri mendengar kata-kata Pn. Shamsiah (mungkin setuju atau tergamam?). 7. x-pkr difahamkan pemandu peribadi AnWAR, En. Abdullah Sani yang berusaha menenangkan Pn. Shamsiah! AnWAR pula kononnya tiada di rumah ketika itu (diragui kerana pemandu peribadinya sedang menyiapkan kereta). Penangguhan kes liwat oleh AnWAR sendiri bukan sahaja membuatkan masyarakat beranggapan yang beliau bersalah atau takutkan sesuatu. Permainan 'fail dan tangguh' ini juga membuatkan keluarganya dimaki dan dihina oleh mereka yang pernah bersahabat dengan suatu masa dahulu. Namun AnWAR tidak pernah peduli, yang penting baginya adalah menangguhkan kes selama mana mungkin. Persoalan juga berkisar tentang Wan Azizah apabila beliau berdiam diri apabila dimaki oleh sahabat baiknya. Apakah diamnya tanda setuju dengan makian Pn. Shamsiah itu...............Sekian.

Rabu, 9 September 2009

Peguam Negara Tidak Adil


Peguam Negara,Gani Patail, mengambil keputusan untuk mendakwa penganjur dan peserta demo yang membawa kepala lembu.Apa cerita kes demo mansuhkan ISA yang sudah sebulan lebih berlaku dan juga kes perhimpunan perkauman Teoh Beng Hock di Stadium Kelana Jaya yang sudah dua bulan lebih berlaku.Kedua-dua kes berkenaan sehingga ke hari ini masih belum ada apa-apa tindakan. Apa yang dibuat oleh penduduk Sekyen 23 adalah kecil berbanding dengan dua kes tersebut.Penganjur demo Mansuhkan ISA yang telah melumpuhkan Bandaraya KL,sehingga kini tiada apa-apa tindakan diambil.Peserta demo kematian Teoh Beng Hock di Kelana Jaya juga melakukan perkara yang lebih lagi perkauman iaitu menghentam melayu dan membakar surat khabar melayu, tetapi tiada apa-apa tindakan yang diambil hingga kini.Peserta demo kepala lembu tidak pernah sesekali melumpuhkan aktiviti di Bandaraya Shah Alam atau mengeluarkan kata-kata perkauman, berbanding dengan dua peristiwa diatas. Tetapi mereka pula yang didakwa .Satu contoh lagi,iaitu kes Karpal Singh menghina Sultan Perak. Berbulan masa yang diambil oleh Peguam Negara untuk mendakwa Karpal, sehingga ratusan laporan Polis dibuat, barulah tindakan diambil. Tetapi dalam kes kepala lembu,hanya dengan beberapa laporan polis sahaja dan dalam masa dua minggu sahaja pendakwaan terus dilakukan.Adakah kerana penganjur dua demo diatas , semua orang politik dan orang cina,maka tiada tindakan diambil. Tetapi bila kes melibatkan orang-orang kecil dan orang melayu maka tindakan dengan sepantas kilat diambil.Yang hairannya...sentiasa orang melayu yang beragama Islam menjadi mangsa ...kerana apa? kerana kita melayu islam lembut....sopan santun.....takut sangat nak berdepan dengan bangsa lain.........................sampai sekarang saya tidak faham...............