Selasa, 5 Januari 2010

Menyokong kekufuran = Kufur



Hari nie aku baca di m-star : "Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama," Kata Dr. Harun Din mengulas isu penggunaan nama Allah setelah Mahkamah Tinggi membenarkan pengunaan kalimah 'Allah' dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly..

Secara kesimpulanya Timbalan Mursidul Am PAS ini meminta pemimpin politik yang menyatakan persetujuan pengunaan nama Allah di kalangan pihak kristian mengkaji semula sokongan tersebut, dan menyeru umat islam bersatu pandangan dalam isu nama Allah ini.

Tapi masih ada pemimpin2 di luar sana , khususnya dari pakatan yang menyokong . Y ? Kerana politik ? Kerana Glamour ? Kerana kurang ilmu ? atau sudah gila ? Tetapi yang lebih gila , masih ramai yg menyokong . itu yg aku naik gila memikirkannya .

Isnin, 4 Januari 2010

Sedar , Bangkit dan tentang keputusan benarkan gereja guna nama Allah!!!!



Petikan ini saya petik dari blog Tun ....interesting too :-

Tahun 2010 dimulakan dengan cara yang menyedihkan di Malaysia, apabila Mahkamah Tinggi semalam, memutuskan agar majalah Gereja Katolik, Herald dibenarkan untuk menggunakan nama Allah.

Biarpun Islam merupakan agama rasmi negara seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan, namun kedudukan istimewa ini nampaknya tidak membantu untuk memelihara aqidah umat Islam dari dipesongkan dan umat Islam Malaysia dari dikelirukan oleh golongan bukan Islam.
Allah SWT telah memberikan amaran tentang perkara ini di dalam surah al-Baqarah ayat 120 yang bermaksud "orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang terhadap kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka.

Katakanlah, sesungguhnya Allah itulah petunjuk (yang benar). Dan sesungguh jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak akan menjadi pelindung dan penolong bagimu."

Rasulullah saw juga ada memberikan amaran kepada umat Islam tentang perkara ini. Sebuah hadis yang disampaikan oleh Abu Sai'd Al-Khudri r.a dan disepakati oleh semua perawi hadis menyebut, Rasulullah SAW bersabda, "Sungguh-sungguh kamu akan mengikuti tradisi orang-orang sebelum kalian, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta hingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang dhob, nescaya kamu akan meniru dan mencontohi mereka. Kami pun bertanya, "apakah (yang kamu maksudkan adalah) Yahudi dan Nasrani? Beliau menjawab siapa lagi?"

Malangnya walaupun amaran ini telah diberi dan firman Allah swt dengan jelas menyebut `setelah pengetahuan datang kepada kamu', kita masih tidak menyedarinya dan ada pula yang sengaja menipu diri kita demi kepentingan dunia yang tidak kekal.

Faisal Tehrani dalam tulisannya bertajuk `Allah', mempertikaikan bahawa `Allah' digunakan di dalam kitab `Bible'. Malah hujah beliau, ia digunakan sebagai salah satu program indigenisasi Kristian bagi menarik golongan pribumi.

Abu Zulfikar di dalam tulisannya `Isu Penggunaan nama Allah oleh bukan Islam' pula menjelaskan bahawa penentangan penggunaan nama Allah apabila ia dinisbahkan kepada Roh Kudus, Jesus dan sebagainya. Beliau juga dengan meyakinkan menolak hujah yang membolehkan penggunaan nama Allah oleh gereja ini melalui tulisannya 'Menjawab Dr Asri - Isu Allah' dan berdebat dengan golongan Kristian dengan hujah yang menyakinkan di sini.
Hari ini kita mempunyai dua pilihan. Pertama, kita boleh duduk sahaja, mengeluh dan membiarkan sahaja keputusan ini yang akan membuka ruang dan menjadi contoh serta rujukan kepada pelbagai tuntutan oleh Gereja Katolik dan pihak-pihak lain di masa hadapan.
Kedua, kita boleh bangkit dan menentang keputusan ini atas dasar tanggung jawab generasi hari ini untuk berusaha melindungi aqidah generasi akan datang dan agar mereka tidak dikelirukan, lebih-lebih lagi dalam sebuah negara Islam bernama Malaysia.

Ini bukan soal ketidak terbukaan, tetapi soal pemeliharaan aqidah umat Islam dan kemungkinan kewujudan agenda tersembunyi oleh pihak gereja Katolik. Ini juga soal sensitiviti atau kepekaan. Jika hari ini sebagai umat Islam, kita boleh membiarkan perkara yang boleh menggugat aqidah dilaksanakan atas dasar freedom of speech and expression, mungkin pada masa hadapan kita mungkin membenarkan anak-anak kita berbogel kerana kita sendiri suka melihat gambar bogel dan bagi yang berbogel, atas alasan bahawa mereka amat menghargai kecantikan tubuh badan mereka dan tiada salahnya untuk orang lain menghargainya bersama-sama.

Bagi yang menganggap diri mereka liberal, mungkin mereka boleh membaca artikel `Kerajaan Allah, Gereja dan pelayanan' dan `Israel, gereja dan kitab wahyu' sebagai antara ribuan contoh item yang boleh mengelirukan umat Islam dan aqidah generasi masa hadapan.
Hakim Datuk Lau Bee Lan dalam penghakimannya menyebut bahawa Kementerian gagal untuk mengadakan bukti bahawa penggunaan ayat itu boleh mengancam keselamatan negara dan boleh mendatangkan salah faham dan kekeliruan di kalangan umat Islam.
Kita kesal kerana pihak yang diberi tanggung jawab untuk mempertahankan keputusan Menteri Dalam Negeri gagal melaksanakan tanggung jawab mereka dengan baik. Kita mahu mereka memfailkan rayuan dengan SEGERA dan memastikan mereka dapat meyakinkan Hakim Mahkamah Rayuan selepas ini.

Kepada pihak yang berkaitan, walaupun di dalam mahkamah mungkin pihak defendan gagal membuktikan ancaman terhadap keselamatan negara, tetapi itu tidak bermaksud ia tidak wujud dan kemungkinan itu tidak akan berlaku.

Bagi menunjukkan solidariti, keprihatinan dan kepekaan kita terhadap isu-isu yang akan menjejaskan agama Islam dan penganutnya, saya ingin menyeru agar kita bersama-sama hadir ke Masjid Wilayah hari ini untuk solat Jumaat dan menunjukkan bantahan kita terhadap keputusan ini.

Jika di Switzerland, masjid dilarang membangunkan menara masjid/minarets dan Perancis boleh mengharamkan pemakaian tudung di dalam era hak asasi dunia masa kini kononnya, kita tidak faham mengapa di Malaysia, di mana Islam merupakan agama rasminya, penggunaan nama Allah oleh gereja boleh dibenarkan pula?!!!

ISU PENGGUNAAN “ALLAH” OLEH BUKAN ISLAM

Article yang saya baca dari website/bloggers :- very interesting.

Perkara paling penting yang mesti difahami oleh mereka yang mengambil tahu dan berbicara tentang isu ini ialah “APA YANG DITOLAK oleh golongan yang tidak bersetuju perkataan “Allah” digunakan bukan Islam.” Kita jangan suka mengikut-ngikut ataupun bertaqlid tanpa sedikit usaha untuk membuat penelitian.

Kami tidak menentang sama-sekali jika bukan Islam mengatakan, “Tuhan semua orang ialah Allah.” Yang itu kami sangat-sangat setuju, tidak pernah tidak bersetuju.
Yang kami tentang ialah apabila perkataan “Allah” itu dinisbahkan kepada selain Allah. Contohnya “Allah” dinisbahkan kepada Roh Kudus, Jesus, Krishna, Maria, Vishnu, Siva, Subramaniam, God dan sebagainya.

Jika mereka dibenarkan menggunakan perkataan “Allah” lalu mereka nisbahkannya kepada tuhan-tuhan mereka, anda setuju?

SOALAN:
Mengapa sibuk-sibuk dengan isu perkataan “Allah” ini?

JAWAPAN:
Orang yang berpengetahuan tentangnya wajib menyibukkan diri kerana ia adalah persoalan akidah, bukan sekadar persoalan fiqh harian, politik, tajwid dan lain-lain. Sebagaimana yang kita sedia maklum, persoalan akidah ialah persoalan tertinggi dalam agama Islam.

SOALAN:
Bagaimana ia boleh dikatakan persoalan akidah?

JAWAPAN:
Bayangkan orang-orang Kristian yang biasa memakai baju bertulis “Jesus is Crazy” menukarkannya kepada “Allah is Crazy”. Bayangkan juga jika penganut agama Hindu menuliskan “Alif lam lam ha” di dahi patung-patung Tuhan mereka di kuil. Bagaimana pula jika orang-orang Yahudi membuat sebuah filem yang memaparkan Allah (dilakonkan oleh Arnorld tanpa berpakaian- contoh) teruk dibelasah oleh Yaakob (dilakonkan oleh Jim Carrey-contoh) dalam pergaduhan? Mengapa tidak, dalam Old Testament diceritakan Tuhan mereka (Allah) pernah bertumbuk dengan manusia bernama Yaakob dan Tuhan(Allah) kalah.
Anda bersetuju mereka menggunakan perkataan “Allah” untuk tuhan-tuhan mereka?
Rata-rata yang mahu menggunakan “Allah” untuk Tuhan mereka di negara kita ini ialah kaum Kristian Trinity (sila pelajari serba-edikit perbezaan anatara Kristian Unitary dengan Kristian Trinity untuk mendapatkan pemahaman sebenar penentangan kami). Bagi kaum ini, Jesus ialah Allah, Roh Kudus ialah Allah dan Tuhan Bapa juga ialah Allah. Ketiga-tiganya Allah dalam satu kesatuan. Jesus 100% Allah, Roh Kudus 100% Allah dan Tuhan Bapa 100% Allah. Semuanya setara dalam segala hal, tidak berkurang walaupun sedikit.

Sau hari mereka berkata kepada anak-anak muda Muslim, “Allah ialah Jesus, Jesus ialah Allah.” Jika anak-anak muda kita menyangkalnya, mereka akan katakan, “Lihat bukti-bukti ini. Pemerintah kita mengizinkan kami menggunakan Allah untuk Tuhan kami. Ulama-ulama kamu juga benarkannya. Jadi kami gunakan Allah untuk Tuhan kami iaitu Jesus, Roh Kudus, Maria dan lain-lain. Bagaimana kamu boleh menidakkannya pula?”
Di sini ada kemungkinan anak-anak muda kita akan terperangkap. Mereka akan meyakini bahawa Allah ialah Roh Kudus dan Roh Kudus ialah Allah.
Boleh nampak apa yang cuba saya sampaikan?
Bukankah ia persoalan akidah?

Bolehkah kita senang-senang mengatakan, “Biarlah, saya tak mahu panjang-panjangkan isu ini” tanpa mahu menarik balik kebenaran yang kita beri?
Bukankah kebenaran yang diberikan itu akan jadikan hujah oleh mereka yang bukan Islam sampai bila-bila hingga ke zaman anak cucu kita?

SOALAN:
Bukankah dalam al-Quran sendiri dibenarkan orang-orang bukan Islam menggunakan perkataan “Allah”?

JAWAPAN:
Setahu saya tidak pernah ada. Jika ada sesiapa terjumpa sila maklumkan, saya akan betulkan kenyataan saya. Yang menyebut perkataan “Allah” untuk dinisbahkan kepada Tuhan sebenar (ataupun Tuhan tertinggi menurut mereka) dalam al-Quran itu ialah kaum musyrikin Quraisy dan sekitarnya. Tidak ada bukti (saya belum menemui) dalam al-Quran menunjukkan penganut agama Zoroaster menyebut Tuhan mereka “Allah”, begitu juga dengan penganut ajaran Kung Fu Tze, Mesir purba, Buddha, Hindu, Shinto, Tao dan lain-lain. Jika benar ada tolong tunjukkan. Apatah lagi hendak dibenarkan penganut agama Kristian Trinitarian di Malaysia hari ini menggunakannya.

SOALAN:
Bukankah ayat-ayat Quran di bawah ini membenarkan orang bukan Islam (termasuklah Kristian Unitary) menggunakan “Allah”?

JAWAPAN:
Al-Ankabuut: [29.61] Dan sesungguhnya jika engkau (wahai MUHAMMAD) bertanya kepada MEREKA (YANG MUSYRIK) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)? [29.63] Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik).

Surah Luqman:
[31.25] Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).

JAWAPAN:
“MEREKA” dalam ayat-ayat ini ialah kaum musyrikin Arab di sekeliling Rasulullah, bukan selainnya. Bila masanya Nabi Muhammad berdialog dengan kaum Kristian Unitary, Majusi, Shinto dan lain-lain?

Memang tidak salah jika kaum musyrik Arab menggunakan “Allah” kerana memang mereka nisbahkan kepada Allah sebenar. Mereka tahu Allahlah Tuhan sebenar tetapi mereka turut menyembah selain-Nya iaitu berhala-berhala. Bagi mereka, Allahlah sebenarnya yang berkuasa tetapi berhala-berhala juga turut mempunyai kuasa. Maksudnya mereka menyekutukan Allah, mensyirikkan Allah. Sebab itu dinamakan MUSYRIK/ MUSYRIKIN. Nabi Muhammad berdialog dengan mereka, bukan dengan orang-orang bukan Islam lain.

Jauh sekali dengan penganut agama Kristian Unitary yang menganggap Jesus, Maria dan Roh Kudus sebagai Allah. Kita jangan terkeliru dalam memahami ayat-ayat ini.

Asas Christianity

Dikenali juga sebagai agama Nasrani. Dibawa oleh Jesus Christ (Nabi Isa) lebih kurang 2000 tahun yang lampau. Kitab suci Kristian adalah Bible yang terdiri daripada Old Testament (Perjanjian Lama) dan New Testament (Perjanjian Baru). Old Testament (Perjanjian Lama) ini juga berisi kitab Taurat dan Zabur, yang asalnya diturunkan Tuhan kepada Nabi Musa dan Nabi Daud. Kitab ini menjadi kitab suci bagi orang-orang Yahudi (Jew/ Jewish). Namun begitu orang-orang Yahudi menolak sama sekali New Testament (Perjanjian Baru). New Testament (Perjanjian Baru) turut mengandungi kitab Injil, yang asalnya diturunkan Tuhan kepada Nabi Isa (Jesus). Yahudi menolak New Testament kerana mereka tidak mengiktiraf Nabi Isa sebagai seorang nabi, sebagaimana orang-orang Kristian yang menolak kitab Al Quran kerana mereka tidak mengiktiraf Nabi Muhammad SAW.

Namun begitu Kristian menerima Old Testament dan menggabungkannya bersama New Testament yang dikenali sebagai Bible pada hari ini. Orang-orang Kristian percaya yang Bible diturunkan secara ilham, bukannya secara bunyi huruf demi huruf sebagaimana ayat-ayat suci Al Quran. Sebab itulah Bible zaman dahulu tidak sama penulisannya dengan Bible yang ada hari ini malah berbeza-beza pula mengikut suasana dan tempat. Ini berbeza sekali dengan Al Quran yang masih sama penulisan dan isi kandungannya sejak 1400 tahun yang lalu. Di antara ajaran terpenting (paling asas) dalam Kristian yang mesti di terima secara mutlak- tidak boleh dipersoalkan lagi adalah konsep Triniti.

Konsep Triniti ini bermaksud tiga Tuhan dalam satu iaitu Tuhan Bapa (God/ Father), Roh Kudus (Holy Spirit) dan Jesus Christ (Nabi Isa) bersatu dalam satu gabungan sebagai Tuhan. Ada juga yang memasukkan Maria (Mariam) ibu Jesus ke dalam Triniti. Jesus merupakan Anak Tuhan. Dia mempunyai dua keadaan iaitu badan kemanusiaan Jesus dan badan ketuhanan Jesus. Dia diutus ke dunia ini oleh Bapanya (Tuhan) untuk menebus segala dosa manusia. Untuk itu dia mesti dibunuh dan telah pun dibunuh dengan cara disalib. Maka dosa-dosa manusia pun tertebus. ‘Dosa waris’ juga menjadi ajaran asas, iaitu semua manusia mewarisi dosa daripada Nabi Adam dan Hawa (Eve) yang pernah melanggar perintah Tuhan. Dosa waris ini terhapus dengan penyaliban Jesus.

Ajaran-ajaran asas atau persoalan-persoalan pokok dalam agama Kristian ini semuanya mesti diterima secara mutlak, iaitu tidak boleh dipersoalkan lagi sama ada benar atau tidak. Barang siapa yang mempersoalkan salah satu daripada persoalan-persoalan pokok ini (atau tidak percaya salah satu daripadanya) maka menurut kebanyakan pendeta, dia bukanlah seorang Kristian lagi. Dalam erti kata lain, semua inilah prinsip-prinsip asas aqidah agama Kristian. Sekiranya rosak salah satu sahaja daripada prinsip-prinsip kepercayaan ini maka rosaklah seluruh agama Kristian tersebut walau sebaik manapun umatnya. Sebaliknya, jika betullah semua prinsip-prinsip asas ini maka betullah seluruh agama Kristian itu walau serosak manapun umatnya. Ini kerana yang rosak adalah umat, bukan agama itu sendiri.

Umat Kristian terbahagi kepada beberapa mazhab dan aliran. Dua mazhab terbesar adalah Roman Khatolik dan Protestan yang saling bermusuhan hingga mengakibatkan pertumpahan darah sehinggalah ke hari ini. Ketua seluruh umat Kristian Roman Katholik bergelar Pope yang tinggal di bandaraya suci Kristian iaitu di Vatican City, negara terkecil di dunia yang terletak di Eropah. Umat Kristian dan Yahudi menolak Nabi Muhammad kerana bagi mereka para nabi (utusan Tuhan) itu mestilah lahir dalam kalangan Bani Israil sahaja. Nabi Muhammad lahir daripada keturunan Arab (bukan Bani Israil), maka langsung tidak layak menjadi utusan Tuhan melainkan seorang pembohong.