Khamis, 11 Februari 2010

Surat Penjelasan JPJ mengenai cermin gelap kereta import

Khidmat Pelanggan : #241907

Tuan,

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada aduan tuan berhubung “JPJ HARUS MESRA PENGGUNA BERHUBUNG ISU CERMIN GELAP” bertarikh 26 Januari 2010.Sukacita dimaklumkan bahawa, Jabatan ini mengambil maklum dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan tuan dalam isu cermin gelap. Untuk makluman tuan, peraturan mengenai cermin gelap diperuntukkan di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis Kaca Tertentu) 1991. Di dalam kaedah tersebut menyatakan bahawa cermin hadapan perlu telus cahaya sebanyak 70% tetapi 20% daripada bahagian paling atas cermin hadapan tersebut adalah dikecualikan manakala cermin-cermin sisi hadapan dan belakang serta cermin belakang perlu telus cahaya sebanyak 50%. Ini bermakna, pemilik-pemilik kenderaan dibenarkan untuk menggelapkan cermin kenderaan mereka tetapi mengikut kadar ketelusan cahaya sebagaimana yang ditetapkan.Sebagai makluman tuan, peraturan cermin gelap yang diguna pakai di peringkat antarabangsa adalah di bawah Reg.43 UNECE. Peraturan ini memperuntukkan cermin hadapan perlu telus cahaya sebanyak 75% dan tiada pengecualian kepada mana-mana bahagian kaca hadapan tersebut, cermin sisi pemandu dan sebelah pemandu perlu telus cahaya sebanyak 70% manakala cermin sisi belakang dan cermin belakang tidak dinyatakan tahap ketelusan cahaya kerana ia bergantung kepada persetujuan pengeluar kenderaan tersebut untuk meletakkan tahap ketelusan. Biasanya ia di nyatakan dengan simbol V. Contohnya: V30 bermakna tahap ketelusan yang dipersetujui oleh pengeluar kenderaan tersebut adalah sebanyak 30%.

Untuk makluman tuan juga, di negara-negara yang menjadi ahli kepada WP29 (World Harmonization For Vehicle Regulation) iaitu yang mengguna pakai Reg.43 UNECE, pengeluar kenderaan adalah bertanggungjawab kepada tahap ketelusan cahaya dan juga bertanggungjawab sekiranya berlaku kemalangan akibat daripada cermin gelap yang dipersetujuinya. Oleh sebab itu, terdapat perjanjian yang ditandatangani bersama di antara pengeluar kenderaan dan pihak insuran mengenai fasal kemalangan yang diakibatkan oleh cermin gelap tersebut. Malaysia telah pun menjadi ahli kepada WP29 tersebut dan telah menerima pakai peraturan-peraturan tersebut secara berperingkat. Di dalam perkara berhubung cermin gelap, Malaysia masih belum dapat melaksanakan peraturan tersebut sebagaimana negara-negara luar kerana pengeluar kenderaan masih belum ada perjanjian bersama dengan pihak insuran berkenaan fasal kemalangan dan pihak yang bertanggungjawab terhadap kadar ketelusan cermin gelap.Berhubung perkara ada pihak yang dibenarkan untuk memasang cermin gelap, di dalam kaedah-kaedah kenderaan motor (Larangan Mengenai Jenis Kaca Tertentu) 1991 ada memperuntukkan mengenai pengecualian terhadap kenderaan yang digunakan untuk Yang di Pertuan Agong dan Permaisuri Agong, Sultan dan Sultanah, Hakim Mahkamah Agung dan Mahkamah Tinggi, pegawai polis atau pegawai tentera yang dinyatakan oleh Ketua Polis Negara atau Ketua Turus Angkatan Tentera. Kaedah tersebut juga memperuntukkan kuasa kepada Menteri untuk memberi pengecualian secara bertulis kepada mana-mana orang. Menteri Pengangkutan telah membuat garis panduan bahawa sesiapa yang memenuhi syarat dan benar-benar perlu boleh diberi pengecualian daripada peraturan kaca gelap. Faktor-faktor yang akan dipertimbangkan adalah berdasarkan isu keselamatan dan kesihatan.Bagi faktor keselamatan, pemohon perlu menulis surat kepada Ketua Polis Negeri mereka dan membuktikan terdapat isu keselamatan terhadap diri mereka atau keluarga mereka kerana kedudukan, pangkat, harta, persengketaan atau pernah menerima ancaman dan sebagainya. Di atas sokongan daripada Ketua Polis Negeri, Ketua Pengarah JPJ akan mempertimbangkan permohonan untuk kelulusan sebagaimana arahan daripada Menteri.

Bagi faktor kesihatan pula, pemohon perlu membuktikan bahawa mereka mempunyai penyakit yang tidak boleh terdedah kepada sinaran matahari sama ada penyakit mata atau kulit dan sedang mendapatkan rawatan di hospital atau klinik kerajaan dan laporan perubatan disahkan oleh doktor pakar di dalam bidang yang berkenaan. Penyakit yang dinyatakan mestilah merupakan salah satu penyakit yang terdapat di dalam senarai yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan tergolong dalam penyakit yang tidak boleh terdedah kepada sinaran matahari bagi membolehkan permohonan tersebut dipertimbangkan untuk kelulusan.JPJ sememangnya mesra pengguna berhubung cermin gelap kerana apabila sesuatu kenderaan dikesan menggunakan cermin gelap, pemilik hanya diberi Notis PG1 iaitu notis larangan penggunaan kenderaan bagi membolehkan pemilik menanggalkan filem/plastik hitam atau menukar kepada cermin cerah dalam masa sepuluh hari. Kenderaan tersebut perlu dibawa ke mana-mana JPJ berhampiran bagi mempastikan pemilik telah mematuhi peraturan dan membolehkan notis larangan ditarik balik. Notis saman tidak dikeluarkan kepada pemilik yang dikesan menggunakan cermin gelap kecuali kepada pemilik yang enggan mematuhi notis larangan tersebut. Untuk makluman tuan juga, Jabatan Pengangkutan Jalan pernah berhasrat untuk menurunkan kadar ketelusan di mana cermin hadapan perlu telus cahaya sebanyak 70% manakala cermin-cermin sisi hadapan dan belakang serta cermin belakang perlu telus cahaya sebanyak 40%.

Namun demikian, setelah Menteri Pengangkutan mengadakan perbincangan dengan Ketua Polis Negara, banyak isu-isu penguatkuasaan yang perlu dipertimbangkan dan ditangani sekiranya kadar ketelusan sedia ada diturunkan.Di antara isu yang di bangkitkan adalah:(a) Menyukarkan pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani jenayah terutamanya yang melibatkan rompakan bersenjata, curi kenderaan, penculikan dan sebagainya. Cermin kenderaan yang terlalu gelap tentunya akan mendatangkan kesusahan kepada pihak PDRM di dalam tugas mereka mengenal pasti identiti pemandu dan penumpang serta barangan yang dibawa. b) Menimbulkan kesusahan untuk mengesan pesalah-pesalah trafik terutamanya yang tidak memakai tali pinggang keledar keselamatan, pemandu dalam keadaan mabuk, memandu sambil menggunakan telefon bimbit, memandu sambil meriba bayi atau anak kecil dan sebagainya.c) Menyebabkan bahaya kepada pemanduan dan keselamatan di jalan raya kerana cermin gelap boleh mengelirukan pandangan sebenar pemandu terutamanya sewaktu hujan lebat dan pada waktu malam khususnya di tempat-tempat yang tidak mempunyai lampu jalan yang mana boleh mengakibatkan kemalangan. Kajian mengenai keselamatan pemanduan yang dilakukan oleh institusi-institusi keselamatan jalan raya diperingkat antarabangsa mendapati bahawa dalam keadaan biasa terdapat “blind spot” di mana pemandu tak dapat melihat kenderaan yang berada di lorong sebelah belakang kenderaannya, apa lagi jika kenderaan bercermin gelap. Pemandu yang memandu dibelakang kenderaan yang bercermin gelap juga akan jadi resah kerana tidak nampak apa yang ada di hadapan.(d) Menggalakkan berlakunya pecah kenderaan terutamanya kenderaan mewah yang bercermin gelap kerana penjenayah mungkin beranggapan ada sesuatu yang berharga yang diletakkan di dalam kenderaan.Mengenai usul tuan tentang kesalahan-kesalahan lain yang mengundang kepada kemalangan jalan raya seperti tayar botak serta sikap pemandu sememangnya menjadi kesalahan utama yang dikenakan mata demerit dan boleh menyebabkan pemandu digantung atau dibatalkan lesen memandunya.

Modifikasi terhadap enjin tanpa kelulusan juga merupakan suatu kesalahan di bawah peraturan Kaedah-kaedah Pembinaan dan Kegunaan.Untuk makluman tuan seterusnya, JPJ tidak pernah memberi kelulusan kepada bas ekspres untuk memasang cermin gelap. Peraturan yang sama adalah terpakai kepada bas ekspres. Sebelum ini, Kementerian Pelancongan meminta kerjasama Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk tidak mengambil tindakan ke atas bas-bas ekspres sempena tahun melawat Malaysia yang di lanjutkan sehingga tahun lepas. Mengenai perbandingan dengan negara-negara maju, mereka di iktiraf sebagai negara maju bukan sahaja kerana kemajuan perindustrian dan ekomoni, malah kerana sikap dan mentaliti rakyat mereka juga adalah jauh lebih tinggi dari negara-negara membangun seperti Malaysia. Contohnya, di Jepun dan Eropah, kesedaran mengenai keselamatan sememangnya menjadi perkara utama di dalam kehidupan harian mereka. Pemandu akan memakai tali pinggang keledar keselamatan sebaik sahaja bersedia untuk memandu, anak-anak mereka dididik untuk memakai tali pinggang keledar keselamatan di tempat duduk belakang dan ia telah diimplimentasikan semenjak tahun 70-an tanpa perlu dikuatkuasakan oleh badan penguatkuasa trafik kerana mereka mempunyai kesedaran mengenai tanggungjawab menjaga keselamatan. Berbeza keadaannya di Malaysia di mana pemandu dan penumpang hanya akan memasang tali pinggang keledar keselamatan apabila ternampak anggota JPJ atau Polis. Di Eropah malahan juga Singapura, setiap kenderaan mempunyai alat seperti ‘smart tag’ yang ada di negara kita cuma tol mereka tidak mempunyai palang dan tiada siapa yang melakukan kesalahan melepasi tol tersebut jika tidak mempunyai ‘smart tag’ , senario ini amat berbeza sekali dengan negara ini. Ia adalah disebabkan rakyat di negara mereka sentiasa mematuhi setiap undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Untuk menuju ke arah itu rakyat Malaysia perlulah menanamkan sikap dan mentaliti yang sebegitu juga.

Untuk makluman tuan, Jabatan ini menguatkuasakan undang-undang dan peraturan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 serta Kaedah-kaedah di bawahnya, yang mana ianya telah digubal setelah dibahaskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta telah dipersetujui sebelum diwartakan menjadi undang-undang. JPJ sentiasa mengkaji dan mengemaskini Akta dan Kaedah selari dengan keperluan dan kehendak semasa. Mengenai persoalan ‘nombor spray’ atau ‘nombor tidak timbul’ yang tuan utarakan, kenderaan Singapura menggunakan teknik yang mana nombor di emboss di atas plat dan ianya timbul. JPJ juga sedang mengkaji untuk melaksanakan sistem plat pendaftaran seperti Singapura dalam usaha memperketatkan penguatkuasaan sepertimana yang dilaksanakan oleh Singapura.

Sekian terima kasih.


Bahagian Penguatkuasa,
Ibu PejabatJabatan Pengangkutan Jalan
Putrajaya.

P/s : Langsung tak relevan dengan soalan . Soalannya mengapa di Port (pelabuhan) ada JPJ booth tetapi tidak menahan/menyekat kemasukan kereta re-cond yang sememangnya memakai cermin gelap tanpa tinted film . Setelah pengguna beli baru nak sibuk-sibuk nak enforce law...Apa nie?

18 ulasan:

  1. Matt Patt,

    Setuju, explanation JPJ tak tepat. Insyallah nanti aku ulas satu-persatu alasan yg diberikan. Tapi aku tak 100% salahkan JPJ, cuma undang-undang dan penguatkuasaan.

    Salam
    Waris Malaya
    http://billrakyat.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Sekarang aku dah terangkat sebijik kereta keluaran jepun.Dari surat puspakom, cermin sisi penumpang belakang dan cermin belakang adalah didaftarkan gelap..Puspakom Approval..Member aku kena utk kereta jenis yang sama,.kena saman dek jpj sebab cermin gelap..sedangkan approval puspakom kata ok..camane criter nih?raser nak jer aku saman

    BalasPadam
  3. Slm n slmt sejahtera,
    Isu cermin gelap semamangnya hangat menjadi isu dalam dunia moden ini.Lebih2 lagi banyaknya kemasukan tinted2 mengikut trend pengguna.Apa pun masalahnya,kaedah yang diperuntukan harus dikaji balik untuk kesejahteraan rakyat dan pengguna. Perlu diambil beberapa faktor yang harus diambil serius terutamanya lapisan ozon kita yang dari hari ke hari semankin menipis dan akibatnya panas matahari bertambah.Kaedah dan peraturan yang sedia ada tu tahun bila?Masa tu kayu balak dan pokok-pokok besar banyak lagi dan suhu bumi terkawal.Harap-harap wakil rakyat,Menteri dan pihak kerajaan dapat mengaji semula.Terima kasih

    BalasPadam
  4. YANG SALAH DI TANGKAP..DI SOAL SIASAT KEMUDIAN DI BAWA KE MUKA PENGADILAN..AKAN TETAPI "CERMIN GELAP" BUKAN PESALAH PUN...BANYAK SEBAB KITA GUNA CERMIN GELAP..PIHAK YANG MENJALANKAN TUGAS PUN KENA BAWA BERSAMA ALAT PENGESAN SETIAP PEMERIKSAAN DI JALAN RAYA SEMASA OPERASI(JANGAN KERJA RAMBANG DENGAN MATA KASAR)...

    BalasPadam
  5. Adoi en jpj jgn jd bodoh isu cermin gelap semua melibat cermin belakang, dan sisi belakang.... pemandu mabuk duduk belakang ke? guna otak....

    mengessan penjenayah ka jgn jd bodo.... suruh turun tingkap la masa roadblock....

    plz la klise

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju sangat2, jpj bagi alasan BODOH.

      Padam
  6. Kite ni dah mcm diperangkap je. Masa kete recon masuk msia,jpj biarkan je. Bila dah beli, dia saman pulak (hasil krjn). Ini contradict dgn isu2 kepenggunaan. Plz be consider, kami hnye rakyat yg inginkn kedamaian. Tq

    BalasPadam
  7. Kalau diaorg tak buat mcm ni, mcm mana dia diaorg ada gaji. kakitangan diaorg boleh cermin gelap org awam di saman.

    BalasPadam
  8. Peraturan yang sudah ketinggalan zaman. Tak relevan pengguna cermin gelap disaman.
    1. Polis / JPJ / badan penguatkuasaan yang lain sentiasa melakukan pemantauan / rondaan. Jangan Time mengiring menteri saja baru keluar dari IPD tu.
    2. Kerapkan rondaan. Pembelian motosikal berkuasa tinggi untuk hiasan sahaja kah ? Atau wayang semata-mata ?
    3. Kenaikan gaji kakitangan awam hampir setiap tahun. Tiada perkataan TIDAK untuk penjawat awam dlm melaksanakan tugas kecuali orang atasan itu sendiri yang tidak melaksanakan tugas mereka dengan baik. Kecualilah orang atasan dia suka main golf menghabiskan masa.
    4. Hukuman untuk menyaman pemilik kenderaan sahaja adalah tidak relevan kerana pemilik kedai kereta yang menyediakan perkhidmatan untuk memasang cermin gelap juga harus dilupuskan.
    5. Kepada pegawai2 kerajaan yang bergelap Tuan, awasi anak2 buah anda kerana mereka mungkin mengadakan sekatan jalan raya di kawasan2 terpencil hanya semata-mata untuk memenuhi kouta saman untuk sehari.
    6. MPV kerajaan juga cerminya diTinted gelap. Adakah semua kenderaan itu mendapat kelulusan JPJ ?
    7. Saya pernah disaman JPJ gara2 cermin belakang kereta Wish gelap walhal ada surat kelulusan dari Puspakom. Jadi macam mana ? Adakah pihak berkuasa menggunapakai peraturan/undang2 yang berbeza-beza ?
    8. Dunia semakin panas. Pemasangan cermin gelap dapat mengurangkan tahap kepanasan di dalam kereta. Ini antara faktor utama kenapa kebanyakan pemilik kenderaan menggelapkan cermin kereta mereka.
    9. "Cermin gelap menarik perhatian pencuri untuk pecah-masuk kerana beranggapan di dalam ada barangan?" Ini adalah alasan penguatkuasa yang paling bodoh. Kalau sudah dibenarkan penggunaan pemasangan cermin gelap, maka semua kenderaan akan digelapkan cerminnya. Soalan bodoh saya"Adakah pencuri akan pecah-masuk semua kereta di negara ini ?" Pencuri bodoh mana kah yang akan berbuat demikian ?
    10. Kepada pihak penguatkuasaan, kalau tak larat nak buat kerja tu letak jawatan. Jangan nak bagi alasan salahkan orang lain semata-mata untuk mengurangkan tekanan kerja diri sendiri tapi tiap tahun demand gaji naik.

    k bye.

    BalasPadam
  9. Kalau di hapuskan cermin gelap, tak da la kopi dia org.. Faham faham aje la..

    BalasPadam
  10. Saya pernah naik kereta MPV jepun, cermin belakangnya adalah gelap original. Maknanya waktu pembeli membeli kereta tu memang dapat cermin yang gelap. Tapi bila duduk dalam kereta... Subhanallah selesa... sewaktu memandu atau memandang ke belakang memang tidak terasa gelap. Amat selesa sekali memandu walaupun memandu di waktu malam... Luarannya memanglah nampak gelap, tapi... bila duduk dlm kereta, nampak sangat cerah kat luar... berbeza dengan kereta yang bertinted (minta maaf... sekadar pendapat saya)

    BalasPadam
  11. MEMANG BETOL LAA... KERAJAAN DAH NAK DUIT SGT... BG BRIM 300... PASTU DI SAMAN LAK KITA 300.. PASAL CERMIN GELAP.. ALASAN NAK CARIK PENJENAYAH. APARAA....BANGANG BETOL LAA..

    BalasPadam
  12. Tuan jpj.. boleh check dulu di pejabat tuan berapa ramai orang bawahan tuan yang menggunakan cermin gelap....?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu masa catuan air berebut lah orang ramai beli baldi.. tong .utk simpan air... maka kedai ahseng pun jadi tumpuan.. maka kaya lah dia dgn jualan tersebut.... kali ni kena sergah pula dgn CERMIN GELAP.... maka kita kena cari lah jugak kedai ahsong ( sepupu ahseng) untuk tukar cermin atau bukak tinted.... maka dua sepupu ni jadi kaya serentak... cuba lah fikirkan cara cara untuk ahmad atau ali boleh buat duit pulak... moral of the story.... kita ni kan 1Malaysia... sama sama lah membantu.... menteri2 tolong la fikirkan...

      Padam
  13. Jepun satu2 nye negara yg mementingkan keselamatan pd kereta kluarannya..isu cermin gelap keluarannya pun dah dibuat kajian knapa mpv perlu gelap dibelakang salah satunya mencegah kecurian dan faktor cuaca..even kreta kwn engine 2.0 tp mter still papar 180..supaya pemandu tk mlebihi had nya..ni yg adik kwn share sbb die dok kt jepun..kate dasar pandang ke timur..tiru la negara yg lbh maju dari kite..jgn buat alasan yg blh mnguntungkan sblah pihak semata2..

    BalasPadam
  14. setuju sangat...pegi check dulu cermin kereta kakitangan anda..lepas tu semak semula undang2 cermin gelap ni tahun berapa punya..relevan lagi ke tidak dgn cuaca sekarang ni..jangan cakap berdegar degar tapi badan sendiri penuh tahi...fikir fikir kan rakyat yang ada anak kecik..orang tua yg kurang upaya..yang sakit..agak2nya klu dgn ketelusan cahaya yg anda approved tu boleh sejuk ke kereta dalam cuaca sekarang ni..dengan harga minyak yg semakin mahal..agak2nya berapa setting utk aircond tu baru boleh sejuk????tak semua orang mampu nak bertahan dalam cuaca panas mcm skrg ni...bkn sebab pesakit kulit je ...mcm2 penyakit ada yg tak tahan dengan cuaca panas ni...fikir2kan lah jgn nak demand tiap2 tahun nak gaji naik je...tp tak peka langsung dgn keadaan sekeliling.......

    BalasPadam
  15. Saya dpt notis kena g check tinted. Mmg kasar betul la cara pegawai tu entertain. Dengan sombongnya serah notis. Pegawai tu silap tulis nombor plat kereta kat notis tu. Kalau abaikan notis itu, kena saman x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. patut je duit. anjing2 jpj tu sekadar nak duit jer..gaji berapa sen sgt er depa tu..tp dah nak wat guaner? sbg anjing..kena gak lah jadi lagu tu

      Padam